UPM IPT pertama dunia indeks buku ilmiah Bahasa Melayu dalam Scopus
Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta sejarah apabila menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di dunia yang berjaya mengindeks koleksi buku ilmiah dan karya penulisan Bahasa Melayu dalam pangkalan data Scopus, mengangkat martabat bahasa kebangsaan ke peringkat antarabangsa.